Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Ibu...

‘Demi Masa’, drama yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 semalam adalah antara rancangan yang disediakan sempena menyambut Hari Ibu. Drama yang dilakonkan oleh Sheila Rusly, Shafie Naswip, Rozie Othman, Iqram Dinzly, dan Fizz Fairuz ini merupakan sebuah lagi produk kemasyarakatan yang dihasilkan oleh JS Pictures. Drama yang berkisahkan tentang seorang anak kampung, Nazli yang cukup pintar dalam pelajarannya, tetapi malu dengan keadaan ibunya yang buta sebelah mata. Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada diketahui oleh rakan-rakan sekelas bahawa Mak Yam, penjual di kantin sekolah adalah ibunya. Berbeza pula dengan sahabatnya, Zaid yang kurang pintar, tetapi taat dan menghargai ibunya. Lulus cemerlang dalam PMR merupakan sesuatu yang dinantikan oleh Nazli. Peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama bagaikan dinanti-nantikannya. Mak Yam cukup berbangga dengan kejayaan Nazli, walaupun akan sedih dan merindui anak tunggalnya itu yang akan berada jauh. Tetapi Nazli bagaikan tidak sabar untuk berjauhan dengan ibunya, bukan kerana ingin berdikari, tetapi untuk mengelakkan rasa malunya pada teman-teman.

Berlarutan hingga dewasa dan berjaya menamatkan pengajian di menara gading, Nazli makin lupa pada ibunya. Malah berkahwin pun tanpa pengetahuan Mak Yam. Mak Yam yang terlalu rindukan Nazli membuat keputusan untuk mencari anaknya setelah berita kejayaan Nazli sebagai usahawan tersebar di dalam majalah. Dengan bantuan Zaid, akhirnya alamat Nazli diperolehi. Kegembiraan Mak Yam apabila melihat rumah Nazli yang serba mewah hanyalah sementara. Disebabkan perasaan takut rahsianya diketahui isteri, Nazli memberi ‘arahan’ kepada Mak Yam untuk beredar. Namun, rupa-rupanya itulah kali terakhir Nazli melihat ibunya. Selepas menghadapi masalah dalam perniagaannya, Nazli pulang ke kampung untuk majlis di sekolah lamanya, dan untuk menjenguk Mak Yam. Berita kematian Mak Yam disampaikan oleh Zaid. Zaid yang cukup kesal dengan tindakan Nazli menyerahkan sepucuk surat terakhir dari Mak Yam. Dari sinilah Nazli sedar akan kesilapannya, namun semuanya sudah terlambat.

Sebagai penonton, mungkin kita sudah dapat mengagak kesudahan cerita ini. Namun, pembalasan yang diterima oleh si anak kerana menderhaka kepada ibunya tidak digambarkan secara nyata. Tidak seperti sinetron dari negara seberang, drama ini mungkin nampak lebih realistik.

Bukan niat saya untuk bercerita tentang plot, skrip atau lakonan yang ditampilkan kerana saya sedar bukan kepakaran saya untuk melakukan semua itu. Tetapi, apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini. Sebagai seorang anak, kenapa perlu timbul perasaan malu terhadap kedua ibu bapa kita? Sedangkan kita tahu, mereka adalah insan yang telah membesarkan kita selama ini. Tanpa kudrat dan tenaga mereka, tak mungkin kita akan berjaya seperti sekarang. Seperti yang saya tulis beberapa hari lepas, kita seharusnya menghargai pengorbanan mereka yang telah membesarkan kita. Jangan pula kerana kemewahan dan kesenangan kita, kita lupa pada ibu bapa kita. Dan jangan pula kerana malu pada kawan-kawan dan teman, kita menderhaka pada mereka.

Dan hari ini, 11 Mei, merupakan hari yang dikatakan hari untuk menghargai jasa ibu. Namun, secara peribadi saya berpendapat bahawa tidak seharusnya kita mengingati dan menghargai jasa ibu hanya pada 11 Mei. Sepatutnya penghargaan dan ingatan kita pada jasa ibu perlulah berterusan tanpa mengira hari dan tarikh-tarikh tertentu, keran kasih sayang ibu kepada kita adalah berterusan, dan bukan hanya pada hari-hari tertentu.

Kepada ibu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segalanya. Anak mu ini berjanji akan mengubah nasib keluarga kita. Percayalah, anak mu ini akan berusaha untuk membahagiakan ibu. Bukan kerana terpaksa, tetapi kerana anak mu ini terlalu menyayangi ibu.

Ma, Selamat Hari Ibu….

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad