Langkau ke kandungan utama

Ibu...

Ibu..
Ibu…
Engkaulah ratu hati ku…
Bila ku berduka…
Engkau hiburkan selalu…

Bait-bait lagu ini selalu didendangkan setiap kali kita meraikan Hari Ibu. Lagu ciptaan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee ini saban tahun dimainkan. Lirik yang dengan nyata menggambarkan bagaimana kita menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita yang digelar ibu.

Sebagai seorang anak, pernahkah kita terfikir tentang perjuangan seorang ibu? Pernahkah kita tanya pada diri kita, kenapa ibu terlalu sayangkan kita? Kenapa ibu tidak pernah penat dalam mendidik, membimbing, dan membesarkan kita? Dari manakah kekuatan yang diperolehinya sepanjang tempoh membesarkan kita? Tentu sekali ramai yang tidak terfikir akan persoalan seperti ini. Dan cuba kita tanya lagi diri kita Berapa kali kita membuat sesuatu yang menggembirakan ibu? Berapa kali kita teringatkan ibu semasa kita terlalu gembira? Berapa kali pula kita cium kedua belah tangan ibu untuk menyatakan rasa terima kasih kita?

Bagaimana jawapan yang anda perolehi? Adakah anda berpuas hati dengan apa yang telah anda lakukan untuk ibu anda? Jika ya, syabas saya ucapkan, dan kekalkanlah sikap itu. Tetapi, bagaimana pula jika jawapannya tidak?

Sebagai seorang anak, kita seharusnya tahu untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu. Sememangnya pengorbanan dan rintangan yang dihadapinya terlalu hebat dalam membesarkan seorang anak yang disayanginya. Bermula dengan tempoh mengandung 9 bulan, ibu telah dihadirkan dengan pelbagai cabaran. Bukan sahaja dari segi tahap kesihatannya, malah dari segi amalan yang terpaksa dilakukan bagi memastikan kandungannya membesar dengan sihat. Sampai tempoh yang dijangkakan, lahirlah zuriat yang dinanti-nantikannya. Namun, rintangannya semakin hebat. Tempoh setahun pertama kelahiran bayi merupakan tempoh yang agak kritikal untuk ibu. Setiap penjagaan perlu dilakukannya dengan teliti agar bayi kesayangannya ini tidak terdedah kepada pelbagai penyakit yang ada. Malah, ibu juga akan memastikan nutrisi yang diperlukan oleh seorang bayi sentiasa mencukupi. Begitu juga dengan beberapa tahun kemudiannya. Penjagaan yang berterusan akan dilakukan agar pembesaran anaknya itu tidak terjejas.

Bagaimana pula dari segi bimbingan? Tentu sekali menjadi tanggungjawab seorang ibu untuk menjadi guru pertama bagi anaknya. Bermula dengan perkataan pertama disebut, sehingga mengenal A, B, C, dan kemudiannya mengira 1, 2, dan 3. Semuanya ibu lakukan dengan harapan anaknya itu menjadi seorang yang bijak dan terpelajar. Bahkan, didikan awal agama juga akan diterapkan. Bermula dengan Bismillah, kemudian mengajar solat dan mengenal kitab suci Al- Quran. Semuanya dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab sehinggalah anaknya sudah cukup dewasa untuk menjaga dirinya sendiri.

Secara peribadi, saya cukup mengagumi ketabahan wanita yang kita panggil ibu. Tanpa mengenal penat, ibu akan sentiasa memastikan saya mendapat apa yang sepatutnya saya miliki. Walaupun berlatar belakangkan keluarga yang berpendapatan rendah, itu semua bukan alasan untuk ibu mengabaikan tanggungjawabnya. Ibu akan terus memperjuangkan nasib saya sehingga saya berjaya menamatkan pengajian di menara gading. Walaupun saya gagal mendapatkan keputusan yang gemilang untuk ibu, namun saya masih mampu berbangga apabila ibu memberitahu saya bahawa impiannya untuk melihat saya memegang segulung ijazah telah tercapai. Malah, hati saya cukup tersentuh apabila ibu menyatakan bahawa jika ajalnya sampai nanti, dia akan pergi dengan aman. Sehingga saat saya menaip coretan ini, masih terngiang-ngiang pada telinga saya apa yang telah dikatakan oleh ibu, dan secara tidak langsung juga air mata akan menitis di pipi saya, tanda rasa terharu terhadap ucapannya itu.

Sempena sambutan Hari Ibu kali ini, saya memasangkan tekad bahawa saya tak akan lukakan hati ibu. Saya akan sentiasa menghargai pengorbanan ibu, dan tak akan sekali pun saya lupa jasa ibu. Saya mahu ibu terus gembira. Saya mahu ibu tahu bahawa saya sentiasa menyayanginya, seperti mana ibu menyayangi saya.

Ibu, anak mu ini memohon jutaan kemaafan di atas setiap salah silap yang pernah dilakukan sepanjang ibu membesarkan saya. Ketahuilah bahawa ibu akan tetap menjadi wanita pertama di hati anak mu ini. Kasih ibu tetap yang terbaik. Ibu, terima kasih untuk segalanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad