Macam mana kita boleh mimpi ek? Perlu ke mimpi ni dalam tidur kita? Apa pula maksud mimpi kita tu?
Ni sebenarnya bukan isu la, cuma nak cerita pasal mimpi saya semalam. Saya pun pelik, kenapa kita boleh mimpikan seseorang yang dah lama kita tak jumpa? Rasanya saya tak pernah teringat dan tak pernah terlintas di fikiran saya mengenai dia.
Orang yang saya maksudkan ni adalah kawan semasa sekolah rendah dulu. Seorang kawan perempuan yang saya suka tengok, sebab dia comel...hehe...Tapi dah lama tak jumpa dia. Sekelas dengan dia sampai darjah 6, iaitu 12 tahun lepas, lepas tu bawak haluan masing-masing. Pernah la terserempak dulu dengan dia. Rasanya dalam 6 tahun lepas. Memang tak pernah pun terpikirkan dia. Tapi nape boleh mimpikan dia...?huhu...
Bukan apa, saya rasa kurang senang bila ada mimpi-mimpi macam ni. Mimpi pulak 'berkasih' dengan dia. Lagi la semacam saya rasa. huhu...Ada apa-apa maksud ke mimpi macam ni? Atau sekadar mainan tidur semata-mata? Ada sesiapa boleh tolong huraikan?

Ulasan