Langkau ke kandungan utama

Pekerjaan & Pengangguran...

Pada 10 dan 11 Mei 2008, satu Karnival Kerjaya telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu, Kelantan. Karnival dua hari ini memberi peluang kepada majikan untuk mencari calon-calon yang sesuai untuk diserapkan ke jawatan yang disediakan. Karnival ini juga memberi peluang kepada para graduan yang menganggur untuk mengintai peluang kerjaya yang sesuai. Saya sendiri sempat menghadiri karnival ini semalam.
Setibanya saya di tapak karnival, saya sudah dapat melihat ratusan graduan yang berpusu-pusu untuk mendaftar. Malah, segenap ruang dijadikan tempat untuk para pemohon mengisi borang permohonan. Tanpa meletak harapan tinggi, saya cuba melihat di sekeliling tapak karnival tersebut. Semua orang macam dah tak kisah untuk berhimpit-himpit dan menolak satu sama lain, demi mendapatkan penerangan tentang kekosongan jawatan yang disediakan. Bayangkan betapa ramainya pengunjung ke karnival ini bila saya hanya mengambil masa lebih sejam hanya untuk melihat-lihat kedudukan booth pameran. Keadaan yang sesak membuatkan setiap pengunjung tidak selesa, namun dek kerana tekad untuk mencuba nasib, terpaksa juga direnangi ‘lautan manusia’ yang luas itu.
Dan sekembalinya saya dari ‘berenang di lautan manusia’, saya berehat-rehat di ruang tamu rumah saya sambil menonton berita. Tajuk utama berita tengah hari semalam adalah keputusan kerajaan untuk melanjutkan had persaraan kakitangan awam dari 56 tahun ke 58 tahun. Terdetik di hati saya, macam mana masalah pengangguran nak diatasi kalau tempoh had persaraan asyik dinaikkan. Tak ada ke orang nak kesiankan graduan-graduan yang sedang menganggur tu? Ish, pelik betul.
Tapi, saya cuba berfikiran positif dalam isu ini. PM kita telah memberi jaminan bahawa keputusan melanjutkan had umur persaraan ini tidak akan menjejaskan peluang para graduan yang menganggur. Mungkin pihak kementerian telah merancang pelbagai cara untuk mengatasi pengangguran ini. Antara langkah yang diambil oleh pihak kementerian ialah dengan memperbanyakkan karnival kerjaya dan seumpamanya di tempat-tempat lain, malah melalui kempen menggalakkan graduan menganggur agar menjadi usahawan dan juga petani moden.
Apapun langkah yang diambil, diharap masalah pengangguran ini dapat diatasi segera. Bukan hanya untuk individu tersebut, malah juga untuk kebaikan negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...