Langkau ke kandungan utama

Selamat menyambut Hari Bomba 2008

4 Mei setiap tahun merupakan Hari Anggota Bomba. Mungkin ramai yang tidak sedar, atau tidak tahu tentang tarikh ini. Tidak seperti Hari Polis dan Tentera yang sentiasa dihebahkan, hari yang dianggap sebagai hari untuk memperingati jasa para bomba ini kurang mendapat liputan.

Entah di mana silapnya, namun kita seharusnya menghargai jasa para anggota bomba ini sama seperti mana kita menghargai jasa para tentera dan juga polis. Mungkin ramai yang tidak sedar akan pentingnya tugas mereka kerana jarang dapat melihat mereka 'beraksi', tetapi hakikatnya mereka jugalah yang akan cuba menyelamatkan harta benda semasa berlaku kebakaran, menyelamat mangsa lemas, menangkap haiwan berbisa yang mengganggu, atau menyelamatkan mangsa kemalangan.

Mungkin banyak rungutan yang kita dengar mengenai kerjaya mereka. Lambat ke tempat kejadian merupakan rungutan yang sentiasa menjadi bualan. Tetapi sedarkah kita bahawa mereka sebenarnya telah melakukan yang terbaik? Memang benar, kadang-kadang mereka terlambat untuk ke lokasi kejadian, tetapi sudah tentu ada masalah yang mungkin kita tidak tahu. Percayalah, mereka juga tidak inginkan masalah seperti ini berlaku, tapi mereka juga manusia biasa yang serba kekurangan.

Oleh itu, persepsi negatif sesetengah masyarakat tentang kerjaya kebombaan ini perlulah ditepis dan ditangani agar imej Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia lebih disenangi dan dihormati. Seperti motto mereka, "Profesionalisme Teras Kecemerlangan".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...