Langkau ke kandungan utama

Setahun Di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu...

28 Mei 2008..Hari ni genaplah saya berada di Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu (JBPMNT). Bermula sebagai pelajar dari UUM yang menjalani praktikal, kini saya merupakan salah seorang kakitangan sambilan di sini. Walaupun bukan sebagai kakitangan tetap, namun sumbangan saya makin dirasai.
Masih segar di ingatan saya pada hari pertama saya melapor diri di sini. Tepat jam 8.00 pagi pada 28 Mei 2007, iaitu setahun yang lalu, saya sudah terpacak di hadapan Bahagian Latihan. Saya perlu melapor diri kepada Penyelia saya di sini, iaitu PPgB Md Ali bin Jusoh, Penolong Pengarah Latihan atau dipanggil Tuan Md Ali. Mungkin masih awal, jadi Tuan Md Ali masih belum tiba. Saya disambut oleh Norehan (Ann). Ann merupakan salah seorang pelajar yang membuat praktikal di JBPMNT ini. Ann pelajar ILP. Sambil menunggu kehadiran Tuan Md Ali, saya sempat berbual dan berkenalan dengan Ann. Sedang saya berbual-bual dengan Ann, seorang lagi pelajar praktikal tiba, iaitu Nor Haliza (Kak Liza). Kak Liza merupakan seorang lagi pelajar UUM yang menjalani praktikal di sini selain saya. Dia mula praktikal seminggu sebelumnya. Saya pun sepatutnya lapor diri pada hari yang sama dengan Kak Liza, tapi saya terlibat dalam pertandingan rekacipta di USM, Pulau Pinang. Jadi saya diberi kebenaran menunda seminggu dari tarikh lapor yang ditetapkan.
Sebelum ni, saya tak pernah kenal Kak Liza, walaupun kami dari fakulti yang sama. Maklumlah, dia senior saya. Sambil-sambil menunggu Tuan Md Ali, Ann menerangkan beberapa perkara yang biasa dilakukannya. Sekadar pandangan umum sebelum memulakan praktikal. Hampir setengah jam kemudian, barulah orang yang ditunggu tiba. Semasa saya melapor diri, saya dimaklumkan bahawa saya akan diletakkan di Bahagian Pengurusan dan saya dikehendaki melapor diri pula kepada Y.M. Tengku Faizah, Penolong Pengarah Pengurusan. Selepas melapor diri, saya diperkenalkan kepada semua kakitangan. Saya dapat rasakan satu suasana baru di sini kerana saya akan bekerja bersama-sama beberapa orang kakitangan bahagian ini seperti Kak Azni, Kak Sanisah, Kak Da, Kak Nor, Abg Rashid, dan ramai lagi. Malah di bahagian ini juga sebenarnya mempunyai seorang lagi pelajar praktikal iaitu Maslini (Mas). Dari sini lah bermula fasa baru dalam hidup saya, iaitu fasa yang akan mendedahkan saya dengan dunia pekerjaan.


Bersama member praktikal, Kak Liza dan Mas.

Selepas menjalani sesi praktikal selama 4 bulan, akhirnya tempoh praktikal saya tamat pada 27 September 2007. Namun sebelum saya pulang ke Kota Bharu, saya ditawarkan bekerja sebagai Pembantu Sistem Maklumat (F17) – Sambilan. Mungkin berkat kerja keras dan usaha saya sepanjang praktikal, saya menjadi pilihan untuk ditawarkan kontrak ini. Saya terima dan saya akan mula bekerja pada 1 November 2007. Saya akan bercuti hampir sebulan dan kembali pada November.


Bersama kakitangan Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan JBPMNT.

Dan sekarang sudah hampir 7 bulan saya bekerja. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang saya perolehi. Banyak juga nasihat yang saya dapat dari kakitangan di sini. Malah, sumbangan saya semakin dihargai dan menampakkan kesannya. Mungkin tidak sepenting kakitangan tetap yang lain, tapi kehadiran saya tetap dianggap pelengkap di Bahagian Pengurusan ini secara am nya, dan JBPMNT ini secara keseluruhannya. Secara peribadi saya akui, saya cukup selesa berada di sini. Rasa macam nak terus kerja di sini. Persekitaran yang menarik dan mesra menjadikan saya gembira di sini. Walaupun kadang-kadang ada isu-isu panas yang timbul, tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus berbakti di sini
Namun, semua yang pernah saya lakukan tak akan berjaya tanpa bantuan dan tunjuk ajar kakitangan lain. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada yang pernah membantu saya sepanjang khidmat saya di sini. Antaranya ialah Tengku Faizah, Kak Azni, Kak Da, Kak Nor, Kak Sanisah, CC Wan Othman, CC Kholijah, Abang Rashid, Cik Zainon, Kak Maziah, Kak Mahani, Kak Ros, Abang Makarim, dan Kak Zan. Tidak dilupa rakan-rakan yang sama-sama menjawat jawatan kakitangan sambilan di sini seperti Kak Ida, Intan, Idah, dan Siti. Tidak ketinggalan, rakan-rakan sewaktu praktikal dulu. Kak Liza, Mas, Ann, Mira dan Syida. Malah, semua kakitangan JBPMNT secara keseluruhannya. Tanpa anda, saya tak akan menjadi seperti saya sekarang. Terima Kasih.
Dalam baki tempoh perkhidmatan saya sehingga penghujung Oktober ini, saya akan pastikan usaha yang saya berikan adalah yang terbaik untuk Bahagian Pengurusan dan JBPMNT. Saya akan buktikan, saya juga boleh menjadi kakitangan yang baik.INSYAALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad