Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Kelantan Ke Liga Super...?

Mampukah impian pasukan Kelantan untuk ke Liga Super musim depan menjadi kenyataan...? Apabila pasukan Polis memaklumkan untuk menarik diri dari persaingan Liga Malaysia kerana masalah kewangan, nama Kelantan disebut sebagai pasukan yang akan menggantikannya dalam Liga Super. Sebagai pasukan di kedudukan ketiga Liga Perdana musim lalu, Kelantan dilihat sebagai pasukan yang akan dinaikkan. Namun, keputusan itu tertakluk kepada mesyuarat FAM pada 6 Disember. Sebagai peminat setia pasukan bola sepak Kelantan, tentu sekali saya gembira dengan perkhabaran ini. Jika mesyuarat FAM mengesahkannya, maka Kelantan tidak perlu menunggu setahun untuk ke Liga Super. Kepada Kelantan, semoga maju jaya. p/s : Gomo Kelate Gomo...

Terjun Di Sekayu...

Jangan salah faham. Ni bukan cerita bunuh diri...Hehehe... Ni video yang dirakam semasa saya dan kawan-kawan mandi-manda di Sekayu. Saje je nak kongsi dengan semua. Saya sebenarnya tak pandai berenang, tapi teruja pulak nak belajar terjun. Jadi, main je la di kawasan yang tak berapa dalam. Air paras dada je...Hehehe... Sakit badan bila duk main terjun ni. Maklum la, tak reti sangat....Hehehe... p/s : Nak gi terjun lagi, tapi tak tau bila...Hehehe...

Dah Nak Kahwin...

Hehe...bukan saya nak kawen...jangan salah paham ek... Pagi ni, saya dapat sms dari salah seorang dari sahabat saya, Mat. Dia mintak alamat umah sebab nak antar kad. Terkejut gak saya. Tak sangka dah nak kawen dia. Saya gak bujang lagi. Kalau sape-sape yang duk belajar di UUM, mungkin kenal Mat. Dia ni memang terkenal kat UUM. Hehehe... Sekarang, saya tunggu kad dari Mat. Apa-apa, saya cerita lepas dapat kadnanti ek...Hehehe... p/s : Ni yang rasa nak kawen cepat ni....Hehehe

Berapa Harga Sebuah Kehidupan...?

Dalam masa 3 hari, 2 kejadian cubaan membunuh diri telah berlaku di Terengganu. Jumaat lalu, seorang gadis muda yang merajuk kerana dimarahi teman lelaki cuba membunuh diri dari tingkat atas bangunan sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu. Selang 2 hari, semalam, seorang isteri nekad untuk membunuh diri dengn terjun dari bangunan yang sedang dalam pembinaan. Dalam kejadian pertama, gadis ini dimarahi oleh teman lelaki kerana pulang ke kampungnya di Kuantan tanpa memberitahu teman lelakinya. Merajuk dengan tindakan teman lelakinya, dia mengugut untuk membunuh diri. Dia akhirnya membatalkan niatnya dan berjaya dibawa turun oleh pasukan penyelamat. Dalam kejadian kedua pula, isteri yang mendakwa diabai ini sememangnya nekad untuk membunuh diri. Walaupun cuba dipujuk pasukan penyelamat, dia terus terjun dari bangunan apabila ternampak suaminya yang tiba. Mujurlah kepantasan pasukan penyelamat menyambar tangannya menyelamatkan wanita ini dari terbunuh. Selepas kejadian pertama, saya dan be

Keputusan Hari Q...

Hari ni saya nak beritahu satu berita. Bagi saya, ni berita gembira sebab berlaku pada saya. Tapi bagi orang lain, tak tahu la....Hehehe....Ingat tak cerita saya pada 26 Ogos lalu...? Kalau tak ingat, klik sini . Pada ruangan saya pada 26 Ogos lepas, saya ada cerita mengenai kehadiran pihak Ibu Pejabat JBPM Putrajaya untuk untuk membuat audit dalaman, bersama-sama dengan pemeriksa bagi pertandingan Hari Q JBPM. Masa tu, saya duk cerita yang saya sibuk sangat nak kemaskini fail dan menyiapkan bahan-bahan untuk diperiksa. Satu pejabat sibuk masa tu. Sampaikan saya rasa masa tu moral dah jatuh sikit. Huhuhu... Jumaat lepas, bos saya sms saya. Dia maklumkan yang pejabat saya dah menang tempat pertama untuk bahagian pengurusan am dan personal. Mula-mula saya keliru gak, tapi lepas tu bos saya sms sekali lagi. Dia maklumkan bahawa ada sambutan Hari Q JBPM di Kuala Kubu Baru. Antara yang menghadirinya adalah Pengarah JBPM Terengganu. Berita kejayaan ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah kepad

Jalan-jalan...

Hari Jumaat baru ni, ada kawan lama datang ke Terengganu untuk bercuti. Sekarang pun dia ada lagi kat rumah saya. Jadi, saya, Man dan Madi bawak la dia jalan-jalan. Hari Jumaat tu gak, kitaorang bawak dia jalan-jalan ke Taman Tamadun Islam. Saje nak tunjuk kat dia keindahan Masjid Kristal. Banyak gak kitaorang ambil gambar...Hehehe... Antara gambar di Masjid Kristal. Sabtu pula, kami ke Air Terjun Sekayu. Dalam jam 1.30 tengahari kami sampai sana. Seronok gak mandi. Lebih 2 jam kami berendam. Siap belajar terjun lagi. Macam nak masuk Olimpik. Hehehehe..... Lepas tu, tiap-tiap malam kami lepak di Pantai Batu Buruk. Memang seronok dapat tengok bulan dan bintang malam-malam ni. Tenang je rasanya. Lepas ni, tak tahu dah nak gi mana. Kena pulak sekarang tengkujuh, asyik hujan je.

Dapat Geng Baru...

Semalam, bos saya cakap nak ambil seorang lagi kakitangan sambilan macam saya, khas untuk pengurusan dan pengemaskinian fail. Bos tanya saya mengenai kawan yang sama-sama praktikal dengan saya dulu, Kak Liza. Bos saya nak ambil dia isi jawatan tu. Saya terus telefon Kak Liza dan maklumkan mengenai perkara ni. Dia setuju dan hari ni juga dia dah mula kerja. Saya dah memang kenal dia sebelum ni sebab kami sama-sama praktikal dulu. Tapi kali ni dia dah kerja di sini, sama macam saya. Jadi, bertambahlah seorang lagi ahli dalam 'geng' saya....Hehehe.... p/s : Makin meriah la pejabat ni nanti...

Friendster...

Ada tak sape-sape tau pasal Friendster...? Kenapa sehari dua ni Friendster jadi masalah...?Mula-mula katanya tengah dikemaskini. Bila saya buka balik petang semalam, senarai kawan dalam tu dah hilang. Saya ada dalam 158 orang kawan dalam Friendster, tapi bila buka semalam, dah tinggal 7 orang je. Pagi ni, langsung dah tak ada. Kawan saya dalam tu dah hilang semua. Ada sape-sape boleh tolong...? p/s : Malas nak cari balik...Ramai yang hilang...

12 Tahun Lalu...

Hari Khamis lepas merupakan hari bagi Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan keputusan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Macam-macam reaksi boleh dilihat semasa berita menyiarkan berita pengumuman ini. Yang paling menarik perhatian saya adalah mengenai pencapaian 5 beradik kembar yang mendapat keputusan cemerlang. 3 dari mereka mendapat 5A, manakala 2 lagi mendapat 4A 1B. Di pejabat saya juga turut menceritakan mengenai keputusan ini. Kebetulan anak kakitangan di pejabat saya ada yang turut menduduki UPSR baru-baru ni. Anak Kak Nor mendapat 4A 1B. Tahniah ek...Hehehe... Sebenarnya, bila bercerita mengenai UPSR ni, terdapat banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan sepanjang di darjah 6 Zamrud, S.R.K. Ismail Petra (1). Tentu sekali kenangan ini melucukan saya sendiri. Malu gak bila ingat balik...Hehehe... Mula-mula, saya nak cerita balik semasa nak menduduki UPSR. Masa tu, pertama kali ambil peperiksaan penting macam ni, gelabah la sikit. Maklum la, saya ni jenis darah gem

Bengkel Di Lake Kenyir Resort & Spa (2)...

Antara sarapan saya....Hehehe... Semalam, pagi-pagi lagi dah bangun. Lepas makan, kena siapkan tempat pula. Tapi makan pagi memang saya makan banyak. Semua makanan saya cuba. Maklumla, hari terakhir duk situ. Lepas ni, belum tentu dapat rasa dah.... Depan dewan... Aktiviti tak lama. Sampai jam 11 pagi je. Lepas tu, semua yang terlibat dibawa menaiki bot laju milik bomba untuk ke pulau-pulau berhampiran. Antaranya adalah Pulau Herba. Ada juga yang bermain jet ski yang juga dibawa oleh kami sendiri. Saya tak ikut mereka menaiki bot atau main jet ski. Tak ada mood pulak rasanya. Saya duduk je kat perkarangan resot sambil-sambil main internet yang terlalu perlahan tu....Huhuhu... Pemandangan Tasik Kenyir dari perkarangan resort... Dalam jam 12 lebih, saya, Man dan Encik Wadi bertolak balik ke Kuala Terengganu. Yang lain masih ada kat sana, mungkin lambat sikit balik. Hari ni, bila saya datang pejabat, ramai yang tak datang. Man, Encik Makarim dan bos saya tak datang. Mungkin nak rehat lag

Bengkel Di Lake Kenyir Resort & Spa...

Bergambar di beranda bilik... Macam model ke...?Hehehe... Ok tak...? Hari Jumaat, kami pulang dari Kursus HRMIS di FRAM Wakaf Tapai. Tak sempat nak rehat lama, petang semalam, saya diminta untuk menemani Encik Haswadi ke Tasik Kenyir. Man juga diminta hadir sama. Sebenarnya, semua pegawai tertinggi dan pegawai penjaga balai bomba seluruh Terengganu adakan mesyuarat dan perbincangan luar di Lake Kenyir Resort & Spa ni. Mulanya saya tak perlu datang pun. Tapi, saat-saat akhir, saya kena gantikan tempat Encik Zumalis yang tak dapat hadir. Petang semalam, dalam jam 6.30 petang baru bertolak ke Kenyir. Semalam, kitaorang hanya siapkan tempat je. Lagi pun, taklimat ringkas je semalam. Hari ni barulah mesyuarat betul. Apa yang menarik, tempat ni memang cantik. Pemandangan tasik memang lawa, terutama waktu pagi dan petang. Kemudahan di sini juga bagus. Padan la dengan harga. Hehe...Takpe, datang pun dengan duit jabatan. p/s : Tak pernah datang sampai resort ni....Macam orang kampung pulak.

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai (5)...

Bergambar Kenangan Bersama... Bergambar lagi... Hari ni hari terakhir kursus ni FRAM Wakaf Tapai ni... Awal pagi semalam, sistem masih ada masalah sikit. Jadi, kami sempat bergambar kenangan bersama-sama semua yang terlibat. Bila naik balik ke kelas, sistem dah boleh guna. Kami pun sambung la kejap. Buat mana yang sempat. Petang tak ada kelas sebab pegawai KPKT ni keluar beli barang di bandar Kuala Terengganu. Diaorang ajak saya gi, tapi saya tak ikut sebab nak ganti tidur yang tak cukup. Saya dengan Man tidur je sampai petang....Hehehe.... Bergambar di bilik pameran, depan replika mainan jentera bomba... 'Bergurau senda' dengan orang-orang KPKT... Malam kami buat macam biasa je. sambung kerja yang tak siap. Tapi malam tu banyak la benda lucu yang berlaku. Terutamnya antara saya dengan Man. Sampai ke dalam bilik tak berhenti gelak. Hari ni, kami akan buat kelas sampai tengah hari je. Lepas tu, dah boleh balik. Tak tahu pula bila boleh jumpa dengan Cik Ros, Arifah, Lela dari KPK

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai (4)...

Pagi ni demam dah semakin melarat...Huhuhu... Semalam, kitaorang dah mula masukkan maklumat Profil Perkhidmatan, tapi sampai petang je la. Malam server down pulak. Jadi, tak boleh la nak sambung. Sekadar dengar penerangan je kejap. Disebabkan kelas habis awal, kitaorang bawak la pegawai dari KPKT ni keluar jalan-jalan kat Kuala Terengganu. Tengok keadaan malam di bandar. Sempat gak singgah kat Mydin Mall beli makanan sikit. Lepas tu, kitaorang pergi Seberang Takir, minum air buah. Kebetulan ada pertunjukan bunga api kat stadium sempena perasmian WEC, jadi boleh la tengok dari jauh. Lepas minum, kitaorang pergi pusing bandar sambil-sambil tunjuk tempat kat pegawai KPKT ni. Lepas tu, terus balik asrama. Dalam kul 12.15 tengah malam baru sampai asrama. Pagi ni, kelas mula awal,8.30 pagi sebab nak ganti kelas semalam yang habis awal. Tapi bila masuk kelas, server down lagi. Terpaksa la tunggu sampai semuanya diperbaiki. Apa la nasib.... p/s : Demam makin kuat pulak bila tengok Cik Arifah

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai (3)...

Hari ni hari ketiga. Saya berkursus dengan keadaan demam sikit...Huhuhu... Hari ni dah mula masukkan data ke dalam Profil Perkhidmatan. Banyak kerja nak kena buat. Mujurlah Kak Da dan Kak Nor akan bermalam di sini gak. Jadi, malam ni diaorang akan buat sama. Kejap lagi nak balik bilik, tapi sebelum tu nak keluar beli ubat sikit. Huhuhu... p/s : Cik Arifah punya pasal, lega sikit demam...Hehehe

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai (2)...

Hari ni kami mula macam semalam gak. Cuma hari ni saya dengan Man datang dari bilik asrama. Kami bermalam di asrama. Best gak, bilik ada penghawa dingin, tv, dan kelengkapan lain yang agak selesa. Sampaikan malas nak bangun tido pagi tadi...Hehehehe.... Hari ni makin banyak ena buat. Semalam pun dah mula nak pening. Mujurlah saya ni mudah faham benda-benda macam ni. Cepat la siap. Pengajar ni pun, Cik Ros, cakap saya dengan Man ni pandai. Bangga jap...Hehehe..... Apa pun, nak kena tumpu perhatian gak. Benda-benda ni rumit dan perlukan ketepatan. Kalau silap, boleh menjejaskan perkhidmatan kakitangan yang lain. Takpe la, kalau pening, boleh tengok salah sorang fasilitator, Cik Arifah, yang memang comel dan lawa....Hahaha.... p/s : Jatuh hati pandang pertama dengan Cik Arifah....Hehehe....

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai...

Hari ni bermula kursus HRMIS di FRAM Wakaf Tapai. Kursus ini adalah lanjutan kepada kursus pada bulan Mei yang lalu. Pagi ni, sesi taklimat dan penerangan telah diberikan kepada peserta. Selelpas minum pagi, kami mula melihat kepada struktur sistem. Semua yang kami buat pada kursus yang lalu boleh dilihat kembali hasilnya. Namun, apabila ditunjuk dan diterangkan oleh pegawai dari KPKT yang memberi taklimat, kami dimaklumkan bahawa maklumat untuk JBPM Terengganu tidak dapat digunakan. Malah, maklumat adalah kosong. Ini membuatkan saya cukup geram dan marah. Apa tidaknya, saya siapkan maklumat tu sampai tidur pun lambat. Semnuanya semata-mata nak kejar tempoh yang diberikan. Kemudian, maklumat tu dihantar ke Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya. Masalahnya, mereka tidak buat dengan sempurna maklumat tu. Apabila pihak KPKT nak siapkan sistem, banyak kekurangan dan kesilapan yang timbul. Akibatnya, kami dari JBPM Terengganu ni yang disalahkan, walaupun kami dah siapkan dengan sempurna. Ini bukan

Hari Pertama Bekerja Untuk Kontrak Baru...

Hari ni merupakan hari pertama saya bekerja untuk kontrak baru saya di JBPM Terengganu ni. Sebenarnya saya diberi cuti sehari sempena kontrak baru ni, tapi saya nak datang kerja gak. Semangat nak kerja....Hehehe.... Esok, saya akan berkursus di Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Terengganu. Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus yang saya sertai pada Mei yang lalu. Kursus untuk aplikasi HRMIS yang akan dilaksanakan oleh KPKT. Kursus ni sampai hari Jumaat. Tak tau lagi nak ulang-alik atau pun bermalam kat sana. Tengok keadaan dulu nanti. Kalau sempat, boleh la saya kemaskini aktiviti macam kursus lepas.