Hari Khamis lepas merupakan hari bagi Majlis Peperiksaan Malaysia mengumumkan keputusan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Macam-macam reaksi boleh dilihat semasa berita menyiarkan berita pengumuman ini. Yang paling menarik perhatian saya adalah mengenai pencapaian 5 beradik kembar yang mendapat keputusan cemerlang. 3 dari mereka mendapat 5A, manakala 2 lagi mendapat 4A 1B.
Di pejabat saya juga turut menceritakan mengenai keputusan ini. Kebetulan anak kakitangan di pejabat saya ada yang turut menduduki UPSR baru-baru ni. Anak Kak Nor mendapat 4A 1B. Tahniah ek...Hehehe...
Sebenarnya, bila bercerita mengenai UPSR ni, terdapat banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan sepanjang di darjah 6 Zamrud, S.R.K. Ismail Petra (1). Tentu sekali kenangan ini melucukan saya sendiri. Malu gak bila ingat balik...Hehehe...
Mula-mula, saya nak cerita balik semasa nak menduduki UPSR. Masa tu, pertama kali ambil peperiksaan penting macam ni, gelabah la sikit. Maklum la, saya ni jenis darah gemuruh. Nak dijadikan cerita, bila pengawas peperiksaan dah umum supaya semua pelajar masuk dewan, saya pun dengan pantas lari ke tandas. Nak 'terkucil' untuk ke sekian kalinya. Semasa duk lari tu, tiba-tiba seorang cikgu perempuan ni muncul depan saya. 'Brek' kaki saya pulak tak berapa nak lekat, terus la sondol perut cikgu tu. Cikgu tu tak ada apa-apa, stabil je dia. Saya pulak yang tertonggeng tepi longkang. Malu tu memang tak terkira la. Cikgu tu senyum je sebab memang dia kenal saya. Saya pun apa lagi, terus la lari masuk tandas. Nak tutup malu punya pasal, saya duk je dalam tandas dalam 5 minit. Bila keluar, cikgu tu ada lagi kat tempat tadi. Siap sembang-sembang dengan cikgu lain pasal saya langgar dia. Lagi la malu. Tapi saya jalan buat-buat tak nampak je dia kat tepi. Nanti kena gelak, lagi teruk. Lepas hari tu, setiap kali jumpa cikgu tu, mesti saya lari....Hehehe...
Bila hari pengumuman keputusan UPSR pulak, lain pulak kesnya. Awal-awal lagi, saya dah teruja untuk tengok keputusan saya. Bila dah dapat, memang seronok tak terkata. Mana taknya, masa percubaan UPSR, saya dapat 3A 1B je, tapi bila UPSR betul, saya dapat 4A. (Untuk rekod, saya adalah generasi terakhir yang UPSR 4 subjek...Hehehe) Bila dah teruja sangat, saya dengan beberapa member lari keliling blok. Gembira la katakan. Bila masuk ke kelas, saya ternampak salah seorang sahabat saya ni yang sedih je. Dia tak dapat keputusan seperti yang diharapkan. Sebagai kawan yang baik, saya teman dia dan pujuk dia supaya berhenti menangis. Saya ni jenis yang tak boleh tengok kawan menangis, mesti nak pujuk. Tapi lama-lama, saya pun menangis sama dengan dia. Malah, lagi teruk dari dia. Macam saya ni tak dapat cemerlang je. Tak lama lepas tu, seorang cikgu masuk, terus datang pujuk kami. Kononnya kitaorang ni tak bernasib baik je. Datang la pulak ketua kelas saya, dia cakap kat cikgu tu saya sebenarnya dapat 4A. Cikgu tu pelik, dia tanya kenapa saya nangis. Saya cakap tak tau kenapa saya tiba-tiba nangis. Habis satu kelas gelakkan saya. Terus saya behenti nangis, malu. Member saya tadi yang nangis pun dah tergelak sama...Hehehe...
Bila dah besar ni, memang lucu rasanya bila diingat balik. Rasa rindu je nak jumpa balik cikgu-cikgu dan kawan-kawan lama. Apa la diaorang tengah buat sekarang ek....?
p/s : Banyak sangat kenangan lucu masa sekolah rendah. Ada masa, saya cerita lagi....

Ulasan