Langkau ke kandungan utama

Berapa Harga Sebuah Kehidupan...?

Dalam masa 3 hari, 2 kejadian cubaan membunuh diri telah berlaku di Terengganu. Jumaat lalu, seorang gadis muda yang merajuk kerana dimarahi teman lelaki cuba membunuh diri dari tingkat atas bangunan sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu. Selang 2 hari, semalam, seorang isteri nekad untuk membunuh diri dengn terjun dari bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Dalam kejadian pertama, gadis ini dimarahi oleh teman lelaki kerana pulang ke kampungnya di Kuantan tanpa memberitahu teman lelakinya. Merajuk dengan tindakan teman lelakinya, dia mengugut untuk membunuh diri. Dia akhirnya membatalkan niatnya dan berjaya dibawa turun oleh pasukan penyelamat. Dalam kejadian kedua pula, isteri yang mendakwa diabai ini sememangnya nekad untuk membunuh diri. Walaupun cuba dipujuk pasukan penyelamat, dia terus terjun dari bangunan apabila ternampak suaminya yang tiba. Mujurlah kepantasan pasukan penyelamat menyambar tangannya menyelamatkan wanita ini dari terbunuh.

Selepas kejadian pertama, saya dan beberapa rakan yang membincangkan tentang kejadian ini risau jika kejadian ini berulang dan menjadi ikutan oleh orang lain. Ternyata telahan kami hampir tepat kerana berlaku kejadian yang kedua. Walaupun kedua-dua kejadian ini berjaya dipatahkan, namun apa yang dirisaukan adalah apa yang bakal berlaku selepas ini. Mungkinkah akan ada kejadian seterusnya, yang akhirnya akan menyaksikan ada yang terkorban....

Apa yang kita saksikan ini merupakan antara salah satu petanda betapa rendahnya tahap keimanan umat Islam sekarang. Walaupun bukan secara keseluruhan, namun ianya dikhuatiri akan menjadi 'penyakit' yang terus menular di kalangan masyarakat. Bukan ingin menuding jari ke mana-mana pihak, tetapi ingin cuba merungkai cara dan kaedah terbaik untuk mencegah perkara sebegini dari berlaku.

Hargailah nyawa kita. Bunuh diri bukan cara untuk menyelesaikan masalah, malah akan lebih menambah masalah yang sedia ada. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang menghalalkan bunuh diri di kalangan penganutnya, malah ianya ditegah sama sekali.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyedarkan di antara satu sama lain. Sesungguhnya, tiada nilai untuk sebuah kehidupan yang kita miliki...

p/s : Jangan biar orang lain meratapi kehilangan kita dengan penuh keaiban...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...