Langkau ke kandungan utama

Kursus HRMIS Di FRAM Wakaf Tapai...

Hari ni bermula kursus HRMIS di FRAM Wakaf Tapai. Kursus ini adalah lanjutan kepada kursus pada bulan Mei yang lalu.

Pagi ni, sesi taklimat dan penerangan telah diberikan kepada peserta. Selelpas minum pagi, kami mula melihat kepada struktur sistem. Semua yang kami buat pada kursus yang lalu boleh dilihat kembali hasilnya.

Namun, apabila ditunjuk dan diterangkan oleh pegawai dari KPKT yang memberi taklimat, kami dimaklumkan bahawa maklumat untuk JBPM Terengganu tidak dapat digunakan. Malah, maklumat adalah kosong.

Ini membuatkan saya cukup geram dan marah. Apa tidaknya, saya siapkan maklumat tu sampai tidur pun lambat. Semnuanya semata-mata nak kejar tempoh yang diberikan. Kemudian, maklumat tu dihantar ke Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya.

Masalahnya, mereka tidak buat dengan sempurna maklumat tu. Apabila pihak KPKT nak siapkan sistem, banyak kekurangan dan kesilapan yang timbul. Akibatnya, kami dari JBPM Terengganu ni yang disalahkan, walaupun kami dah siapkan dengan sempurna.

Ini bukan kali pertama kami di JBPM Terengganu menghadapi masalah akibat karenah Ibu Pejabat di Putrajaya. Seperti juga untuk hadir kursus kali ini, dimana KPKT memaklumkan tentang kursus kali ini sebulan lebih awal kepada Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. Tapi, pihak IBU Pejabat hanya maklumkan kepada kami minggu lepas. Itu pun ada maklumat tak lengkap sedangkan kami perlu mendapatkan maklumat dari hampir 700 pegawai bomba seluruh Terengganu. Di mana logiknya tindakan mereka? Bila kami bangkitkan perkara ini, kami pula yang disalahkan. Kononnya mereka yang betul.

Adakah ini yang dikatakan 'Profesionalisme Teras Kecemerlangan'...? Fikir-fikirkanlah...

p/s : Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tak betul...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...