Langkau ke kandungan utama

Keputusan Hari Q...

Hari ni saya nak beritahu satu berita. Bagi saya, ni berita gembira sebab berlaku pada saya. Tapi bagi orang lain, tak tahu la....Hehehe....Ingat tak cerita saya pada 26 Ogos lalu...? Kalau tak ingat, klik sini.

Pada ruangan saya pada 26 Ogos lepas, saya ada cerita mengenai kehadiran pihak Ibu Pejabat JBPM Putrajaya untuk untuk membuat audit dalaman, bersama-sama dengan pemeriksa bagi pertandingan Hari Q JBPM. Masa tu, saya duk cerita yang saya sibuk sangat nak kemaskini fail dan menyiapkan bahan-bahan untuk diperiksa. Satu pejabat sibuk masa tu. Sampaikan saya rasa masa tu moral dah jatuh sikit. Huhuhu...

Jumaat lepas, bos saya sms saya. Dia maklumkan yang pejabat saya dah menang tempat pertama untuk bahagian pengurusan am dan personal. Mula-mula saya keliru gak, tapi lepas tu bos saya sms sekali lagi. Dia maklumkan bahawa ada sambutan Hari Q JBPM di Kuala Kubu Baru. Antara yang menghadirinya adalah Pengarah JBPM Terengganu. Berita kejayaan ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah kepada bos saya. Semasa diumumkan, Pengarah agak tergamam kerana pejabat saya tak pernah menang sebelum ini. Ini adalah kali pertama pejabat saya memenanginya.

Sebagai salah seorang yang turut bertungkus lumus untuk menyiapkan segala keperluan, tentu sekali saya rasa bangga atas pencapaian ini. Bagi saya, ianya tetap bersejarah untuk saya. Manakan tidak, ianya berlaku semasa saya masih bekerja di sini. Secara tidak langsung, moral saya dah naik balik...Hehehe...

p/s : Tahun 2009, bos nak target untuk aset pulak....

Ulasan

Norsya berkata…
Tahniah2x
tumpang gembira jgk..lama x tgk blog riki..bz..hahahah
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...mekacih...

busy g Bali la tu...hehe

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...