Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Guru...

16 Mei setiap tahun merupakan hari bagi setiap ahli masyarakat meraikan dan mengenang jasa insan yang dipanggil 'Guru'..Insan yang dianggap sebagai 'lilin yang membakar diri untuk menerangi yang lain'...

Pejam celik, rupanya sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan alam persekolahan,...alam yang sememangnya merapatkan diri saya dengan para guru...Di sinilah saya diberi ilmu dan pengajaran dari para guru, tidak kira sama ada pendidikan formal atau tidak formal...dan dari sini saya mula mengenal erti hidup dan perjuangan...



Gambar ni semasa tahun 1990 di Taski Fatimah Az-Zahrah, Kota Bharu...Di sinilah saya mula diajar mengenal A,B,C...1,2,3...Alif,Ba,Ta...Sampaikan saya dan adik saya menjadi pelajar kesayangan oleh guru di sini(kami panggil ustazah...) kerana saya boleh membaca surat khabar walaupun masih berumur 6 tahun...menurut kawan-kawan yang berada berdekatan dengan taski tu, gambar saya dan adik saya digantung sebagai kenangan pelajar paling menonjol...hehe...tapi sayang, taski ni dah tak ada sekarang...



Gambar ni pulak semasa tahun 1999 di Tingkatan 3 Ibnu Khaldun, SMK Putera, Kota Bharu...Gambar kenangan kelas 3 IK bersama guru tingkatan, Cikgu Suriani...Cikgu Suriani ni ajar Bahasa Inggeris...Tapi selaku guru tingkatan, dia telah banyak ajar kami erti persahabatan di kalangan kawan-kawan sekelas...kami menjadi lebih mesra di bawah jagaan Cikgu Suriani...



Bersama Cikgu Dalyana, guru Biologi dan juga guru tingkatan 4 Al-Farabi tahun 2000...Cikgu Dalyana banyak memberi tunjuk ajar bagi menghadapi SPM yang akan datang...Seronok dapat belajar Biologi dengan Cikgu Dalyana...hehe...hanya budak-budak Biologi je tahu betapa seronoknye berada dalam kelas ni...





Tahun 2001, sewaktu di Tingkatan 5 Al-Farabi, SMK Putera...Pelajar 5 AF bergambar kenangan bersama guru tingkatan, Cikgu Noraini yang juga mengajar kami subjek Kimia...Secara peribadi, ada kenangan saya sewaktu di tingkatan ini, terutamanya bersama cikgu...Ini kerana saya hampir-hampir tak dapat mengambil SPM disebabkan kesempitan hidup...berkat pertolongan cikgu-cikgu yang kenal keluarga saya, harapan saya untuk mengambil SPM akhirnya terlaksana...Saat itu, hanya TUHAN yang tahu perasaan saya...Terima kasih cikgu...



Ni pulak Cikgu Fatma Laili, mengajar saya Bahasa Melaysia sewaktu tahun 1999(3 IK) dan 2001(5 AF)...Saya sempat melawat beliau semasa Hari Raya Haji 2007...beliau baru lepas sakit...Banyak pengalaman hidupnya dikongsi dengan saya dan kawan-kawan, sebagai pengajaran untuk kami...



Ini adalah Cikgu Nahar Sham, guru yang paling dihormati di SMK Putera. Walaupun saya tak pernah belajar di bawah Cikgu Nahar, tapi Cikgu Nahar adalah insan yang betul-betul mengambil berat setiap murid yang dikenalinya...Beliau merupakan Guru Penasihat Perpustakaan SMK Putera...dari sini lah saya mengenalinya...dan beliau jugalah yang paling berjasa dalam hidup saya, apabila betul-betul memperjuangkan nasib saya...Di waktu saya kesempitan hidup, beliau lah yang paling awal menghulurkan bantuan...dan apabila saya difitnah, beliaulah yang paling tegas mempertahankan kredibiliti saya sebagai pemimpin...Sesungguhnya, dari nasihat dan tunjuk ajar beliau, saya menjadi seorang pemimpin pelajar yang disegani...Jasa mu hanya TUHAN mampu membalasnya...



Para pelajar 6 Rendah Gigih bergambar bersama Cikgu Suhaimi...Cikgu Suhaimi mengajar subjek makroekonomi...Suka mendedahkan kami dengan alam sukarelawan yang disertainya...Malah, selalu mendorong kami untuk berbakti pada masyarakat...





Yang ni, Cikgu Tan Jin Tiong...guru tingkatan 6 Atas Gigih, SMK Kota Bharu...mengajar kami subjek Geografi Fizikal...semua pelajar tahu betapa prihatinnye Cikgu Tan dengan pelajarnya...cukup murah dengan nasihat, tetapi tegas apabila berkata-kata...Namun, perkenalan kami tidak berpanjangan...Meninggal dunia pada tahun 2005...

Sehingga kini, walaupun sudah 5 tahun berlalu, namun kenangan bersama guru-guru tetap tak dapat dilupakan...Segala pengorbanan dan keikhlasan para guru mengajar sememangnya saya hargai...Doa saya, semoga hidup para guru diberkati olah ALLAH S.W.T...Hanya TUHAN mampu membalas jasa anda semua....Terima kasih, cikgu...

Ulasan

Elroui Majnoun berkata…
salam..skg ni sye ad kt smk putera..buat pemerhatian..teringat nmpk cikgu nahar..sye kenal ckgu tuh.dgn ckgu fatma...dorang stil lg ad kt smk putera..
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
yeke...?

dah lama sy xjumpa dgn cikgu nahar...rindu kat dia....tlg smpaikan salam sy kat dia yer...
Elroui Majnoun berkata…
insyaAllah.. nnt sye cube sampaikn.. dia mmg baik, sgt baik..
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
betul...sy ada sejarah dengan dia dulu....dia yg tlg sy bayar yuran SPM...kalau bukan sebab dia, sy xdpt ambik SPM...sy akan ingat smpai bila-bila...

dia sihat ke?

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad