Langkau ke kandungan utama

Teruskan Kebangkitan...


Sebagai penutup pusingan pertama, Kelantan membenam Perlis di Kangar dengan jaringan 5-1.

Selepas 2 aksi yang goyah, Kelantan kembali menemui sentuhan apabila membelasah Perlis dengan jaringan besar. Turut bangkit adalah Piya yang menjaringkan hatrik untuk Kelantan. Jika sebelum ini, Piya dilihat tidak berfungsi dengan baik ketika bermain, namun semalam dia sudah menukar segalanya. 3 gol Piya dan 2 gol Norshahrul Idlan Talah cukup untuk membawa Kelantan kembali ke tangga ketiga liga.

The Red Warriors selepas ini menanti kunjungan Perlis dan Selangor ke Kota Bharu untuk perlawanan pusingan kedua Liga Super. Diharapkan kebangkitan yang ditunjukkan semalam berterusan, terutama ketika menentang Selangor bagi mengurangkan jumlah mata antara Kelantan dan pendahulu liga, Selangor.

Kepada pemain, teruskan aksi cemerlang anda. Kepada penyokong, teruskan sokongan tanpa berbelah bagi anda. Supaya The Red Warriors kembali digeruni.

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

I'm Back...

Ya ALLAH...Lamanya tak update blog ni. Dah bersawang dah ni...hehehe.. Setahun lebih dah blog ni kosong. Mood nak menulis tu macam dah hilang lepas kes laptop hilang tu..Huhu...sedih ni.. InsyaAllah..Saya cuba untuk update balik siki-sikit. Doakan supaya mood tu datang balik...Hehehe...