Langkau ke kandungan utama

The Red Warriors Kembali Kuasai Liga...


Kelantan kembali berada di puncak liga. Sesuatu yang pastinya menggembirakan seluruh peminat dan penyokong The Red Warriors.

Perlawanan semalam menyaksikan Kelantan membelasah Felda United 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. Kelantan yang menguasai perlawanan berjaya menjaringkan jumlah jaringan yang besar bagi membolehkan Kelantan terus ke puncak liga.

Kejayaan Kelantan kembali ke puncak liga dibantu oleh kekalahan dua pasukan teratas, Selangor dan Perak. Selangor tewas 2-0 kepada T-Team di Stadium Shah Alam, manakala Perak mengalami kekalahan pertama mereka musim ini kepada Sabah.

Diharap Kelantan meneruskan rentak permainan sebegini bagi meneruskan penguasaan di puncak liga. Musim liga hampir masuk ke pertengahan, jadi Kelantan perlu menjarakkan diri dengan pencabar lain jika ingin merangkul kejuaraan liga. Malah, Kelantan juga bakal berhadapan dengan Selangor untuk saingan separuh akhir Piala FA nanti. Tentu sekali peluang memburu beberapa kejuaraan masih terbuka. Yang penting, buat yang terbaik.

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com