Langkau ke kandungan utama

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna.

Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak.

Sesi taklimat ringkas kepada staff

Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pada 29 Mac, stock take telah dijalankan kepada barangan untuk simpanan stor. Pada hari ini juga, pihak Audit Dalaman (IA) dari HQ telah mula berada di cawangan kami untuk memantau sesi stock take kali ni. Tertekan jugak la sebab takut ada yang salah. Pada hari tu, banyak gak kekalutan yang berlaku sebab stock take kali ni memang berlainan dengan sebelum ni. HQ memperkenalkan cara baru yang belum diguna oleh kami. Sebab tu la kalut sikit.

Pada hari stock take sebenar, 30 Mac, semua kakitangan dikehendaki masuk keje jam 7.30 pagi lagi. Pagi tu pun saya dan staff saya sibuk buat persiapan terakhir. Lari ke hulu ke hilir sebab nak memastikan semuanya siap sempurna. Begitulah kami seharian tu. Banyak betul kena berlari. Sampailah semua dah mula letih. Petang tu, kaki pun dah mula kejang.

Dalam kesibukan keje, sempat lagi kami bergambar. Maklumlah, kami dah tempah baju khas untuk MIS sempena hari stock take ni. Ramai yang puji...Hehehe...







Dalam duk keje gak, saya terpandang la bekas ketua jurulatih Kelantan yang kini bertindak sebagai penasihat Presiden KAFA yang juga adalah CEO Akademi TRW, B. Sathianathan. Apa lagi, ambik peluang la bergambar....Hehehe...Kiranya lengkap lakoleksi gambar saya bersama kejayaan Kelantan musim lepas. Lepas dapat tengok kejayaan Kelantan di Bukit Jalil, dapat pulak bergambar dengan pemain dan Piala Malaysia. Sekarang, dapat bergambar dengan jurulatih pulak....Hehehe...


Berbalik pasal keje. Walaupun dah cuba yang terbaik, ternyata masih banyak kekurangannya. Dan akhirnya, proses stock take kali ni habis sampai pukul 1.05 pagi. Sesuatu yang memang memenatkan. Semua pun dah tak larat. Siapa yang dah siap, semua boleh balik. Tapi yang tak siap lagi, kena siapkan hari tu gak. Ada pulak yang silap buat. Tu yang sampai kul 1 pagi baru siap.

Esoknya pulak, kena siapkan beberapa dokumen penting. Terpaksa la buat cepat-cepat sebab nak kejar masa. Dah la letih semalam tak habis lagi, tambah pulak letih baru. Memang semua macam dah tak larat, termasuk la saya. Tapi nak buat camne, memang terpaksa juga buat.

Hari ni, semuanya dah selesai. Cuma ada sikit je lagi yang perlu diselesaikan. Tak perlu risau dah. Sebab tu hari ni saya keje sampai petang je. Nak rehat. Esok pulak saya offday, selepas minggu lepas tak dapat offday. 2 minggu keje berat, memang letih.

Apa pun, pengalaman kali ni memang akan diingat sampai bila-bila. Bukan tempat saya saja, cawangan lain pun memang menghadapi masalah sepanjang stock take kali ni. Diharapkan pihak HQ akan memikirkan semula tentang prosedur stock take ni sebab banyak yang perlu diperbaiki lagi. Tak salah untuk mebuat perubahan, tapi biarlah perubahan yang baik. Jangan sampai menyusahkan orang lain. Betul tak...?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...