Sedih dan marah bercampur baur bila mendengar cerita mengenai adik Saiful Syazani yang akhirnya meninggal dunia selepas 3 hari koma akibat dipukul guru di asrama. Menurut laporan, guru tersebut berang apabila adik Saiful Syazani dikatakan mencuri. Akibat kecederaan teruk di kepala, adik Saiful koma 3 hari sebelum meninggal dunia.
Atas pemikiran waras manusia, tidak sepatutnya perkara sedemikian dilakukan oleh seorang yang bergelar guru terhadap kanak-kanak berusia 7 tahun. Apakah sudah hilang kewarasan pada si pelaku...? Kenapa tergamak melakukan perkara sebegitu terhadap kanak-kanak yang jelas sekali tidak mampu melawan...?
Bagi saya, si pelaku tersebut patut menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Biar ianya menjadi pengajaran berguna untuknya selepas kezaliman yang dilakukannya. Jangan ingat negara ni tidak ada undang-undang.
Kepada keluarga, takziah atas kehilangan Saiful. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...
Ulasan