Langkau ke kandungan utama

Pahlawan Merah Tumbangkan Gergasi Merah...


Siapa kata Gergasi Merah sukar ditumbangkan..? Semalam, sekali lagi Selangor tewas. Kali ini mereka tumbang di Kota Bharu. Impian mereka untuk membalas kekalahan kepada Kelantan dalam perlawanan sumbangsih tidak kesampaian. Kelantan menang 1-0, hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha.

Gol Mat Yo pada separuh masa pertama sudah memadai untuk memberi 3 mata penuh untuk Kelantan. Nyata sekali kemenangan ini meningkatkan moral Kelantan, sekaligus merapatkan jurang mata dengan Selangor.

Diharapkan Kelantan mampu untuk menewaskan Selangor lagi untuk saingan separuh akhir Piala FA nanti. Jangan leka dan terus berjuang hingga berjaya....

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com