Langkau ke kandungan utama

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010...

Shaheizy Sam bersama trofi yang dimenangi.
(Petikan gambar Berita Harian)

Apabila Dato' Siti Nurhaliza menarik diri dari menyertai Anugerah Bintang Popular, ramai yang tertanya-tanya siapa yang bakal mengungguli anugerah itu. Semalam, terbongkarlah segalanya apabila Shaheizy Sam telah dipilih peminat untuk memenangi anugerah itu.

Tidak dinafikan, aura dari Shaheizy Sam sememangnya mampu menarik minat pelbagai peringkat umur. Ini jelas dapat dilihat apabila 2 filem lakonannya sebelum ini mendapat jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara. Siapa yang menonton Adnan Sempit dan Ngangkun, tentu tahu bagaimana bakat anak muda ini. Selain Anugerah Bintang Paling Popular, Sam turut menenangi Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dengan menewaskan beberapa calon lain.

Beberapa kategori lain turut dipertandingkan. Antara pemenang semalam adalah Lisa Surihani, Fasha Sandha, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Aznil Nawawi, Shahir, Yuna & Rabbabi. Acara turut diserikan dengan beberapa persembahan menarik. Namun, paling mencuri tumpuan adalah aksi kelakar dari pengacara majlis, Raja Azura, Sharifah Shahira & Zizan Raja Lawak. Malah, dipenghujung acara, Arena Of Stars, Genting Highland menjadi semakin gamat dengan kehadiran Johan dan Shy8 yang membawakan watak mereka dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memang kelakar habis la....Hehehe...

Apa pun, tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tidak berjaya, tidak perlu kecewa kerana anda tetap menang di hati peminat anda. Tercalon hingga Top 5 merupakan satu kejayaan dari peminat untuk anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...