Langkau ke kandungan utama

Peluang Kembali Ke Takhta Liga....


Semalam, perlawanan 'Top Of The Table' melibatkan pendahulu liga, Selangor menentang Terengganu di Kuala terengganu berkesudahan seri 1-1. Sekaligus, memberi peluang untuk The Red Warriors kembali ke takhta liga.

Malam ini, Kelantan bakal melayan kunjungan Kuala Lumpur di Kota Bharu. Kelantan perlu memanfaatkan perlawanan malam ini untuk menang dan seterusnya kembali ke tangga teratas liga.Walaupun akan berkongsi mata dengan Selangor, namun perbezaan jaringan ternyata menjadi milik Kelantan.

Kepada para pemain, jangan hampakan impian seluruh rakyat Kelantan, terutamanya para penyokong....

Kepada penyokong, pastikan sokongan anda berterusan....

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com