Langkau ke kandungan utama

18 Tahun Menanti...


Selepas 18 tahun menanti, Real Madrid akhirnya kembali merangkul Copa Del Rey 2011. Lebih manis, mereka menewaskan musuh tradisi mereka, Barcelona dengan jaringan 1-0. Cristiano Ronaldo menjadi wira untuk pasukan Real Madrid apabila jaringan tunggalnya pada masa tambahan sudah mencukupi untuk membolehkan Real Madrid merangkul piala musim ini.

Perlawanan semalam di antara Real Madrid dan Barcelona ini adalah pertembungan 'El Clasico' ketiga mereka musim ini. Pada pusingan pertama liga, Barca menang besar ke atas Madrid, manakala pertembungan kedua liga pada Sabtu lepas berkesudahan seri 1-1. Dengan kemenangan Madrid semalam, menjadikan rekod kemenangan seimbang untuk musim ini. Selepas ini, Madrid dan Barca akan bertembung lagi untuk saingan separuh akhir Liga Juara-juara Eropah. Pastinya masing-masing inginkan kemenangan supaya mampu melangkah ke perlawanan akhir dan seterusnya cuba merampas kejuaraan untuk musim ini.

 Di sebalik kegembiraan Madrid menyambut kemenangan semalam, piala yang baru dimenangi itu 'terlepas' dari genggaman mereka. Sewaktu mereka berarak meraikan kejayaan mereka, piala itu terjatuh dari bas yang dinaiki mereka dan akhirnya digelek oleh tayar bas mereka. Selepas 18 tahun menanti, mereka hanya mampu melihat piala itu dilenyek bas. Sedih betul...Huhuhu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...