Semalam, Kelantan memulakan pusingan kedua Liga Super dengan bergaya apabila membenam cabaran Perlis dengan jaringan 4-0. Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Pemain Piala Presiden, Azuan Solahudin berjaya membuka pesta gol The Red Warriors melalui jaringan cantik pada penghujung separuh masa pertama. Tiga gol lagi dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha, Nizad Ayub dan Piya. Kemenangan ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk para pemain untuk menampilkan aksi lebih bertenaga kerana selepas ini kita akan melayan pendahulu liga, Selangor yang sudah pasti mahu membalas kekalahan mereka pada perlawanan sumbangsih lalu. Malah, ini juga boleh menjadi pengukur kepada kemampuan Kelantan untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2011 kerana kita akan bertarung dengan Selangor pada peringkat separuh akhir yang dijangka berlangsung pada 12 & 15 Mei nanti.
Adakah para pemain bersedia untuk menentang Selangor, dan sekaligus merapatkan jurang mata antara Kelantan dan Selangor....?
Adakah penyokong bersedia untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada The Red Warriors...?
Gomo Kelate Gomo...
Ulasan