Semalam berlangsung Majlis Pelancaran Pek Prabayar Happy Edisi Khas 'The Red Warriors' di pentas utama KB Mall. Majlis yang bermula sekitar jam 2.45 petang itu turut menampilkan para pemain skuad Kelantan.
Dalam majlis petang semalam, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa turut menyebut jumlah sebenar tajaan dari pihak Happy kepada skuad The Red Warriors iaitu RM 1.2 juta. Jumlah ini tidak termasuk tajaan lain dari pihak Happy, termasuklah penajaan jersi untuk para peserta yang bakal mengikuti akademi bola sepak nanti.
Para pengunjung yang membeli prepaid Happy edisi khas ini semalam turut diberi poster khas dan berpeluang mendapatkan tandatangan pemain-pemain utama skuad Kelantan. Antara yang turut hadir adalah Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Badhri Radzi, dan S. Chanturu.
Saya tak sempat pun nak ikut serta. Maklumlah, waktu keje lagi. Setakat tengok dari jauh je la...

Ulasan