Langkau ke kandungan utama

Kelantan Kalah Lagi...

Akhirnya, T-Team berjaya membalas dendam kekalahan mereka dalam saingan Piala FA lalu apabila mereka menewaskan Kelantan 4-3. Perlawanan yang berlangsung di Kuala Terengganu sebentar tadi itu nyata sesuatu yang amat mengecewakan untuk pasukan The Red Warriors kerana terpaksa melepaskan takhta Liga Super kepada Selangor.

Pada perlawanan malam ini, Kelantan pada satu ketika ketinggalan 3-0 kepada pasukan T-Team. Walaupun hampir berjaya menyamakan kedudukan, namun T-Team berjaya juga memperolehi 3 mata penuh. Dengan kekalahan kedua ini, Kelantan jatuh ke tangga ke-3 liga apabila Selangor dan Perak berjaya menewakan lawan masing-masing. Selangor menewaskan Harimau Muda dengan 2-1 untuk merampas takhta liga, manakala Perak menewaskan Perlis 2-1 untuk tangga kedua.

Selepas ini, Kelantan akan sekali lagi berdepan tugas getir apabila melayan kunjungan Felda United pada 9 April nanti. Selepas aksi yang ditunjukkan Felda United pada saingan Piala FA, tentu sekali The Red Warriors perlu melakukan sesuatu untuk bangkit dari kekalahan ini untuk cuba merampas kembali takhta liga dari Selangor. Lebih perit nanti, Kelantan bakal berhadapan dengan Perak, pasukan yang menduduki tangga kedua liga pada 12 April nanti. Dengan rekod tanpa kalah, tentu sekali Perak telah bersedia untuk menanti kunjungan Kelantan nanti.

Adakah The Red Warriors bersedia dengan halangan selepas ini...?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com