Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Peluang Kembali Ke Takhta Liga....

Semalam, perlawanan 'Top Of The Table' melibatkan pendahulu liga, Selangor menentang Terengganu di Kuala terengganu berkesudahan seri 1-1. Sekaligus, memberi peluang untuk The Red Warriors kembali ke takhta liga. Malam ini, Kelantan bakal melayan kunjungan Kuala Lumpur di Kota Bharu. Kelantan perlu memanfaatkan perlawanan malam ini untuk menang dan seterusnya kembali ke tangga teratas liga.Walaupun akan berkongsi mata dengan Selangor, namun perbezaan jaringan ternyata menjadi milik Kelantan. Kepada para pemain, jangan hampakan impian seluruh rakyat Kelantan, terutamanya para penyokong.... Kepada penyokong, pastikan sokongan anda berterusan.... Gomo Kelate Gomo...

Debaran Berakhir...

Akhirnya, debaran saya berakhir. Semalam, saya sudah menerima surat dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) mengenai penempatan saya. Saya telah ditempatkan di Politeknik Muadzam Shah. Mula-mula risau gak sebab tak pasti dapat mana. Lepas dapat surat, lega la sikit. Sekurang-kurangnya, tak la jauh sangat. Risau kalau dapat Sabah atau Sarawak. Dalam forum yang saya join, ada gak 3 orang lagi yang dapat tempat sama. Saya dah bincang dengan salah seorang dari mereka untuk gi sama-sama nanti. maklumlah, saya tak tahu tempat lagi. Takut sesat je...Hehehe... Apa pun, sekarang banyak benda saya kena siapkan. Saya nak kena berurusan pula dengan HR tempat saya kerja sekarang. Banyak benda nak kena siapkan. Harap-harap segala urusan dipermudahkan. InsyaALLAH...

Pahlawan Merah Tumbangkan Gergasi Merah...

Siapa kata Gergasi Merah sukar ditumbangkan..? Semalam, sekali lagi Selangor tewas. Kali ini mereka tumbang di Kota Bharu. Impian mereka untuk membalas kekalahan kepada Kelantan dalam perlawanan sumbangsih tidak kesampaian. Kelantan menang 1-0, hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha. Gol Mat Yo pada separuh masa pertama sudah memadai untuk memberi 3 mata penuh untuk Kelantan. Nyata sekali kemenangan ini meningkatkan moral Kelantan, sekaligus merapatkan jurang mata dengan Selangor. Diharapkan Kelantan mampu untuk menewaskan Selangor lagi untuk saingan separuh akhir Piala FA nanti. Jangan leka dan terus berjuang hingga berjaya.... Gomo Kelate Gomo...

Antara Maruah Atau Cinta...?

Apa yang lebih penting...? Maruah sebagai seorang lelaki...? Atau nilai sebuah cinta...? Apa perlu dilakukan...? Terlalu sukar untuk menidakkan cinta ini... Namun, jika diteruskan cinta ini... Maruah diri sebagai lelaki menjadi taruhan.... Ya, semua orang tahu.. Tiada siapa yang sempurna... Tapi apa yang dah dilakukan, tak mungkin dapat dilupakan.... Tak mudah untuk memaafkannya... Ya ALLAh... Berikanlah ku petunjuk... Apa yang perlu ku lakukan...?

Permulaan Bergaya Pusingan Kedua...

Semalam, Kelantan memulakan pusingan kedua Liga Super dengan bergaya apabila membenam cabaran Perlis dengan jaringan 4-0. Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. Pemain Piala Presiden, Azuan Solahudin berjaya membuka pesta gol The Red Warriors melalui jaringan cantik pada penghujung separuh masa pertama. Tiga gol lagi dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha, Nizad Ayub dan Piya. Kemenangan ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk para pemain untuk menampilkan aksi lebih bertenaga kerana selepas ini kita akan melayan pendahulu liga, Selangor yang sudah pasti mahu membalas kekalahan mereka pada perlawanan sumbangsih lalu. Malah, ini juga boleh menjadi pengukur kepada kemampuan Kelantan untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2011 kerana kita akan bertarung dengan Selangor pada peringkat separuh akhir yang dijangka berlangsung pada 12 & 15 Mei nanti. Adakah para pemain bersedia untuk menentang Selangor, dan sekaligus merapatkan jurang mata

Semoga Semuanya Selamat...

Ika Ana Semalam, mak dan abah saya dah berlepas balik ke kampung halamannya di Padang, Indonesia. Selepas hampir 28 tahun, ni adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke kampung halaman mereka. Mesti perasaan mereka sangat gembira sebab sebelum ni, banyak kali dah mereka cuba nak balik, tapi ada saja rintangan yang melanda. Namun, kembalinya mak dan abah saya ke kampung bukan hanya untuk suka-suka. Ada benda lebih penting yang perlu mereka lakukan. Mereka ingin membawa pulang cucu kesayangan mereka yang kini berada di sana. Anak saudara saya yang dua orang ni, Ika & Ana sekarang berada di Padang bersama ibu mereka. Tapi Ika, anak yang sulung dah nak masuk darjah 1 tahun depan. Jadi, memang la kena bawa balik sini. Lagi pun, kehidupan mereka kat sana kurang terjamin, terutamanya dari segi pendidikan. Sebab tu kami bersungguh-sungguh nak bawa mereka balik ke Malaysia ni. Mak dan abah saya mungkin akan berada di sana seminggu. Kalau sempat siap awal urusan sana, mungkin ba

18 Tahun Menanti...

Selepas 18 tahun menanti, Real Madrid akhirnya kembali merangkul Copa Del Rey 2011. Lebih manis, mereka menewaskan musuh tradisi mereka, Barcelona dengan jaringan 1-0. Cristiano Ronaldo menjadi wira untuk pasukan Real Madrid apabila jaringan tunggalnya pada masa tambahan sudah mencukupi untuk membolehkan Real Madrid merangkul piala musim ini. Perlawanan semalam di antara Real Madrid dan Barcelona ini adalah pertembungan 'El Clasico' ketiga mereka musim ini. Pada pusingan pertama liga, Barca menang besar ke atas Madrid, manakala pertembungan kedua liga pada Sabtu lepas berkesudahan seri 1-1. Dengan kemenangan Madrid semalam, menjadikan rekod kemenangan seimbang untuk musim ini. Selepas ini, Madrid dan Barca akan bertembung lagi untuk saingan separuh akhir Liga Juara-juara Eropah. Pastinya masing-masing inginkan kemenangan supaya mampu melangkah ke perlawanan akhir dan seterusnya cuba merampas kejuaraan untuk musim ini.  Di sebalik kegembiraan Madrid menyambut kemenangan sem

Teruskan Kebangkitan...

Sebagai penutup pusingan pertama, Kelantan membenam Perlis di Kangar dengan jaringan 5-1. Selepas 2 aksi yang goyah, Kelantan kembali menemui sentuhan apabila membelasah Perlis dengan jaringan besar. Turut bangkit adalah Piya yang menjaringkan hatrik untuk Kelantan. Jika sebelum ini, Piya dilihat tidak berfungsi dengan baik ketika bermain, namun semalam dia sudah menukar segalanya. 3 gol Piya dan 2 gol Norshahrul Idlan Talah cukup untuk membawa Kelantan kembali ke tangga ketiga liga. The Red Warriors selepas ini menanti kunjungan Perlis dan Selangor ke Kota Bharu untuk perlawanan pusingan kedua Liga Super. Diharapkan kebangkitan yang ditunjukkan semalam berterusan, terutama ketika menentang Selangor bagi mengurangkan jumlah mata antara Kelantan dan pendahulu liga, Selangor. Kepada pemain, teruskan aksi cemerlang anda. Kepada penyokong, teruskan sokongan tanpa berbelah bagi anda. Supaya The Red Warriors kembali digeruni. Gomo Kelate Gomo...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah

Hipokrit...

Kenapa la ramai sangat manusia yang hipokrit dalam dunia ni...? Memang tak boleh dipercayai langsung... Korang ingat korang buat macam tu, kitaorang tak tahu ke...? Eh, kalau dah salah tu, nape tak nak ngaku...? Bila kena soal dengan orang atasan, mula lah gelabah... Tapi, nape nak cakap kami yang salah pulak...? Memang bengang betul la dengan manusia camni... Kalau dah kitaorang ni lemah, tak tahu nak buat keje, nape datang jumpa kitaorang lagi..? Gi la jumpa 'superhero' yang korang sanjung tu... Mujur la kitaorang ni tak maki je korang tadi... Kesian sebab tau korang dah tua... Dasar orang tua tak sedar diri...!!!

Bangkitlah Pahlawan Merah...

Sepatutnya, perlawanan menentang Sabah semalam dijadikan medan untuk skuad The Red Warriors bangkit dari kekalahan memalukan kepada Perak. Tapi, nyata masih ada yang tak kena. Kelantan diikat tanpa jaringan oleh Sabah di Kota Bharu semalam. Beraksi tanpa Norshahrul Idlan Talaha nyata sekali menumpulkan bahagian serangan. Ditambah pula dengan ketangkasan penjaga gol Sabah, Syed Adney, pemain Kelantan yang dipinjamkan ke Sabah musim ini. Kelantan bagaikan hilang sifat sang juara. Beraksi tanpa nafsu untuk menjaringkan gol. Terlalu banyak peluang tersasar. Malah, jentera engah gagal membuka ruang untuk barisan penyerang. Jika aksi sebegini berterusan, nyata sekali menghalang kita mengejar kejuaraan liga musim ini kerana jarak mata semakin lebar antara Kelantan dan pendahulu liga, Selangor. Situasi skuad Kelantan sekarang sememangnya merisaukan para penyokong. Kami mengharapkan aksi seperti yang dipamerkan sebelum ini. Jangan sia-siakan sokongan kami selama ini. Bangkitlah pasukan

Sabar Menunggu...

Makin lama, makin berdebar pulak menantikan surat penempatan dari KPTM. Tak tahu bila sampai surat tu. Bukan apa, saya belum lagi hantar surat berhenti kerja pada majikan sekarang. Nanti kalau lambat, susah la. Lagi pun, banyak persiapan kena buat sebelum boleh lapor diri. Kalau surat sampai lambat, kelam kabut rasanya nanti. Sedang saya duk layan internet, saya cari la pasal jawatan ni kat internet. Saya cari la kat web Cari Forum. Dalam ni ada dibualkan mengenai jawatan ni. Dah lama diaorang buka topik ni. Sebelum ni saya hanya baca je. Sedang saya baca, ternampak la satu post dari salah seorang pembaca yang memberitahu bahawa surat dari KPTM akan dihantar dalam bulan April ni juga. Katanya pendaftaran mungkin pada penghujung Mei atau awal Jun. Wah, dah tak lama tu.... Kalau betul la kata pembaca tu, nampaknya saya kena la hantar notis berhenti kerja pada majikan saya sekarang. Nanti tak sempat pulak. Maklumlah, tak bolehlah nak berhenti serta-merta macam tu je. Kena la ikut pro

Kerana Mulut...

Kenapa ada manusia yang suka menjaga hal orang lain ...? Tak boleh ke buat hal masing-masing ...? Dah betul ke apa yang awak buat ..? Dah cukup baik ke awak tu sampai nak komen orang lain ...? Daripada duk komen pasal orang lain, baik la komen diri sendiri dulu. .. Cermin la diri dulu, sebelum nak komen diri orang lain ... Jangan jadi macam ketam ... Diri sendiri pun jalan tak betul, nak ngajar orang lain plak .. Memaku dulang, paku sepih, ... Mengata orang, dia yang lebih ...

Apa Dah Jadi...?

Apa dah jadi ni...? Kelantan mengalami kekalahan ketiga semalam. Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut di gelanggang lawan. Nampaknya Kelantan sudah dijangkiti semula 2 penyakit lama dalam pasukan. Penyakit pertama, pemain lambat panas apabila beraksi. Permainan hanya akan menjadi menarik di separuh masa kedua dengan permainan separuh masa pertama gagal menggugat lawan. Penyakit kedua, gagal beraksi baik di gelanggang lawan dan hanya cemerlang di gelanggang sendiri. Jika dua penyakit ini tidak diatasi segera, mustahil untuk The Red Warriors mendapat sebarang kejuaraan musim ini. Dalam perlawanan kesebelas semalam, Kelantan tewas besar kepada Perak dengan jaringan 4-0. Beraksi di Ipoh, pertahanan Kelantan dilihat terlalu longgar. Ini adalah kekalahan terbesar Kelantan untuk musim ini. Malah, Khairul Fahmi dilihat kurang menjadi di gawang gol dengan barisan pertahanan yang nyata sekali tidak bermaya menahan asakan Perak. Para peminat nyata kecewa dengan situasi sekarang. Buka

Demam...

Letih...Tak larat...Demam...Huhuhu... Tu je la boleh saya gambarkan keadaan saya sekarang. Memang tak larat sangat rasanya. Saya kalau demam macam ni, memang akan disusuli pula dengan asma @ lelah. Ni pun dah mula sesak nafas. Saya mula demam hari Ahad lagi. Sebelum tu dah rasa tak sedap badan, tapi saya tahan dulu. Ahad tu saya memang dah mula demam. Nak gi klinik pada sebelah malam, tapi klinik pulak tutup. Terpaksa la gi Isnin. Hari Isnin, saya gi klinik tengahari. Dah la orang ramai, klinik pun nak berhenti rehat tengahari. Jadi, terpakasa la datang balik kul 2.30 petang. Lepas siap, doktor bagi la MC sehari untuk semalam je. Hari ni, saya dah mula keje balik. Walaupun letih lagi, Batuk pun kuat lagi, tapi terpaksa la. Ada keje nak kena siapkan. Huhuhu...Apa la nasib...

The Red Warriors Kembali Kuasai Liga...

Kelantan kembali berada di puncak liga. Sesuatu yang pastinya menggembirakan seluruh peminat dan penyokong The Red Warriors. Perlawanan semalam menyaksikan Kelantan membelasah Felda United 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. Kelantan yang menguasai perlawanan berjaya menjaringkan jumlah jaringan yang besar bagi membolehkan Kelantan terus ke puncak liga. Kejayaan Kelantan kembali ke puncak liga dibantu oleh kekalahan dua pasukan teratas, Selangor dan Perak. Selangor tewas 2-0 kepada T-Team di Stadium Shah Alam, manakala Perak mengalami kekalahan pertama mereka musim ini kepada Sabah. Diharap Kelantan meneruskan rentak permainan sebegini bagi meneruskan penguasaan di puncak liga. Musim liga hampir masuk ke pertengahan, jadi Kelantan perlu menjarakkan diri dengan pencabar lain jika ingin merangkul kejuaraan liga. Malah, Kelantan juga bakal berhadapan dengan Selangor untuk saingan separuh akhir Piala FA nanti. Tentu sekali peluang memburu beberapa kejuaraan masih terbu

Terima Kasih Ya ALLAH...

Ingat tak pasal interview saya awal Mac lepas...? Interview untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41) Teknologi Maklumat (Rangkaian). Interview diadakan pada 1 Mac 2011 di SPP Putrajaya. Lepas interview, saya memang tak yakin saya akan lulus. Masa tu, saya betul-betul kecewa. Tengahari semalam, mak saya tiba-tiba telefon. Masa tu saya sedang rehat dengan kawan sepejabat. Risau sangat sebab dengar suara mak saya sebak. Ingatkan ada apa-apa kat umah. Rupa-rupanya mak gembira sebab surat dari SPP mengatakan bahawa saya berjaya dalam temuduga tersebut. Masa tu saya macam tak percaya. Betul ke ni...? Kot-kot mak salah silap tengok. Lepas rehat, saya terus masuk pejabat dan buka laman web SPP. Tengok dalam tu, dah ada ruangan untuk semak status interview. Saya cuba check. Ternyata benar. Saya berjaya. Baru lah saya yakin. Memang saya gembira sangat. Saya bersyukur kerana akhirnya Allah dah makbulkan doa saya dan keluarga saya.Saya bakal menyertai sektor awam, dan bakal men

Jujur...

Sukarkah untuk menjadi seorang yang jujur ..? Kenapa perlu merahsiakan kebenaran ...? Kenapa perlu mendustai hakikat. ..? Apa lagi perlu dilakukan untuk diri mu jujur pada ku ...? Perlukah aku sendiri yang mencari kebenaran itu...? Atau adakah kebenaran mu itu hanya muncul bila aku sudah tiada ...? Perlukah diri mu merahsiakan sesuatu yang aku tahu ...? Bodoh sangatkah aku di mata mu ...? Jujurlah pada ku... Selagi ada masa...

Prepaid Edisi Khas Happy 'The Red Warriors'...

Semalam berlangsung Majlis Pelancaran Pek Prabayar Happy Edisi Khas 'The Red Warriors' di pentas utama KB Mall. Majlis yang bermula sekitar jam 2.45 petang itu turut menampilkan para pemain skuad Kelantan. Dalam majlis petang semalam, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa turut menyebut jumlah sebenar tajaan dari pihak Happy kepada skuad The Red Warriors iaitu RM 1.2 juta. Jumlah ini tidak termasuk tajaan lain dari pihak Happy, termasuklah penajaan jersi untuk para peserta yang bakal mengikuti akademi bola sepak nanti. Para pengunjung yang membeli prepaid Happy edisi khas ini semalam turut diberi poster khas dan berpeluang mendapatkan tandatangan pemain-pemain utama skuad Kelantan. Antara yang turut hadir adalah Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Badhri Radzi, dan S. Chanturu. Saya tak sempat pun nak ikut serta. Maklumlah, waktu keje lagi. Setakat tengok dari jauh je la...

Besarkah Salahnya...?

Sedih dan marah bercampur baur bila mendengar cerita mengenai adik Saiful Syazani yang akhirnya meninggal dunia selepas 3 hari koma akibat dipukul guru di asrama. Menurut laporan, guru tersebut berang apabila adik Saiful Syazani dikatakan mencuri. Akibat kecederaan teruk di kepala, adik Saiful koma 3 hari sebelum meninggal dunia. Atas pemikiran waras manusia, tidak sepatutnya perkara sedemikian dilakukan oleh seorang yang bergelar guru terhadap kanak-kanak berusia 7 tahun. Apakah sudah hilang kewarasan pada si pelaku...? Kenapa tergamak melakukan perkara sebegitu terhadap kanak-kanak yang jelas sekali tidak mampu melawan...? Bagi saya, si pelaku tersebut patut menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Biar ianya menjadi pengajaran berguna untuknya selepas kezaliman yang dilakukannya. Jangan ingat negara ni tidak ada undang-undang. Kepada keluarga, takziah atas kehilangan Saiful. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

Kelantan Kalah Lagi...

Akhirnya, T-Team berjaya membalas dendam kekalahan mereka dalam saingan Piala FA lalu apabila mereka menewaskan Kelantan 4-3. Perlawanan yang berlangsung di Kuala Terengganu sebentar tadi itu nyata sesuatu yang amat mengecewakan untuk pasukan The Red Warriors kerana terpaksa melepaskan takhta Liga Super kepada Selangor. Pada perlawanan malam ini, Kelantan pada satu ketika ketinggalan 3-0 kepada pasukan T-Team. Walaupun hampir berjaya menyamakan kedudukan, namun T-Team berjaya juga memperolehi 3 mata penuh. Dengan kekalahan kedua ini, Kelantan jatuh ke tangga ke-3 liga apabila Selangor dan Perak berjaya menewakan lawan masing-masing. Selangor menewaskan Harimau Muda dengan 2-1 untuk merampas takhta liga, manakala Perak menewaskan Perlis 2-1 untuk tangga kedua. Selepas ini, Kelantan akan sekali lagi berdepan tugas getir apabila melayan kunjungan Felda United pada 9 April nanti. Selepas aksi yang ditunjukkan Felda United pada saingan Piala FA, tentu sekali The Red Warriors perlu melak

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010...

Shaheizy Sam bersama trofi yang dimenangi. (Petikan gambar Berita Harian) Apabila Dato' Siti Nurhaliza menarik diri dari menyertai Anugerah Bintang Popular, ramai yang tertanya-tanya siapa yang bakal mengungguli anugerah itu. Semalam, terbongkarlah segalanya apabila Shaheizy Sam telah dipilih peminat untuk memenangi anugerah itu. Tidak dinafikan, aura dari Shaheizy Sam sememangnya mampu menarik minat pelbagai peringkat umur. Ini jelas dapat dilihat apabila 2 filem lakonannya sebelum ini mendapat jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara. Siapa yang menonton Adnan Sempit dan Ngangkun, tentu tahu bagaimana bakat anak muda ini. Selain Anugerah Bintang Paling Popular, Sam turut menenangi Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dengan menewaskan beberapa calon lain. Beberapa kategori lain turut dipertandingkan. Antara pemenang semalam adalah Lisa Surihani, Fasha Sandha, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Aznil Nawawi, Shahir, Yuna & Rabbabi. Acara turut diserikan den

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad