Apa dah jadi ni...? Kelantan mengalami kekalahan ketiga semalam. Ini adalah kekalahan ketiga berturut-turut di gelanggang lawan.
Nampaknya Kelantan sudah dijangkiti semula 2 penyakit lama dalam pasukan. Penyakit pertama, pemain lambat panas apabila beraksi. Permainan hanya akan menjadi menarik di separuh masa kedua dengan permainan separuh masa pertama gagal menggugat lawan. Penyakit kedua, gagal beraksi baik di gelanggang lawan dan hanya cemerlang di gelanggang sendiri. Jika dua penyakit ini tidak diatasi segera, mustahil untuk The Red Warriors mendapat sebarang kejuaraan musim ini.
Dalam perlawanan kesebelas semalam, Kelantan tewas besar kepada Perak dengan jaringan 4-0. Beraksi di Ipoh, pertahanan Kelantan dilihat terlalu longgar. Ini adalah kekalahan terbesar Kelantan untuk musim ini. Malah, Khairul Fahmi dilihat kurang menjadi di gawang gol dengan barisan pertahanan yang nyata sekali tidak bermaya menahan asakan Perak.
Para peminat nyata kecewa dengan situasi sekarang. Bukannya mahu menghentam atau mengutuk pasukan, namun seperti ada sesuatu yang tak kena dengan pasukan sekarang. Diharapkan semua pihak dalam pasukan dapat melakukan sesuatu. Jika tidak, mustahil untuk kita mengecapi kejayaan musim ini.
Ulasan
sekali sekali kalah ape salahnye..
baru naik sikit semangat player..
kejor yob kejor!:P