Ika
Ana
Semalam, mak dan abah saya dah berlepas balik ke kampung halamannya di Padang, Indonesia. Selepas hampir 28 tahun, ni adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke kampung halaman mereka. Mesti perasaan mereka sangat gembira sebab sebelum ni, banyak kali dah mereka cuba nak balik, tapi ada saja rintangan yang melanda.
Namun, kembalinya mak dan abah saya ke kampung bukan hanya untuk suka-suka. Ada benda lebih penting yang perlu mereka lakukan. Mereka ingin membawa pulang cucu kesayangan mereka yang kini berada di sana.
Anak saudara saya yang dua orang ni, Ika & Ana sekarang berada di Padang bersama ibu mereka. Tapi Ika, anak yang sulung dah nak masuk darjah 1 tahun depan. Jadi, memang la kena bawa balik sini. Lagi pun, kehidupan mereka kat sana kurang terjamin, terutamanya dari segi pendidikan. Sebab tu kami bersungguh-sungguh nak bawa mereka balik ke Malaysia ni.
Mak dan abah saya mungkin akan berada di sana seminggu. Kalau sempat siap awal urusan sana, mungkin balik awal. Saya pun rindu sangat nak jumpa anaksaudara saya ni. Dah setahun lebih tak jumpa diaorang. Kali terakhir jumpa November 2009. Lama kan..? Rindunya...Huhuhu...
Ulasan
best betol..
aku lahir sini la..mak ayah je asal sana...aku xpernah pun balik sana...xpernah kenal kg lg..huhu