Ingat tak pasal interview saya awal Mac lepas...? Interview untuk jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41) Teknologi Maklumat (Rangkaian). Interview diadakan pada 1 Mac 2011 di SPP Putrajaya. Lepas interview, saya memang tak yakin saya akan lulus. Masa tu, saya betul-betul kecewa.
Tengahari semalam, mak saya tiba-tiba telefon. Masa tu saya sedang rehat dengan kawan sepejabat. Risau sangat sebab dengar suara mak saya sebak. Ingatkan ada apa-apa kat umah. Rupa-rupanya mak gembira sebab surat dari SPP mengatakan bahawa saya berjaya dalam temuduga tersebut. Masa tu saya macam tak percaya. Betul ke ni...? Kot-kot mak salah silap tengok.
Lepas rehat, saya terus masuk pejabat dan buka laman web SPP. Tengok dalam tu, dah ada ruangan untuk semak status interview. Saya cuba check. Ternyata benar. Saya berjaya.
Baru lah saya yakin. Memang saya gembira sangat. Saya bersyukur kerana akhirnya Allah dah makbulkan doa saya dan keluarga saya.Saya bakal menyertai sektor awam, dan bakal menjadi seorang pendidik, suatu impian yang saya dambakan. Tak sangka impain saya ni boleh jadi nyata.
Sekarang saya tunggu surat dari SPP untuk penempatan nanti. Sambil-sambil tu, saya akan kekal kerja di MIS Pacific dulu. Bila dah sampai surat, baru lah saya hantar surat pada HR. Walaupun sayang rasanya nak tinggalkan kawan-kawan di Pacific, tapi demi masa depan, saya kena teruskan impian saya.
Pada kawan-kawan yang banyak membantu sehingga saya berjaya mendapat jawatan ini, terima kasih saya ucapkan. Jasa anda semua tidak mungkin saya lupakan.
Ulasan