Hari ni, 31 Disember 2010, hari terakhir untuk kita bagi tahun 2010. Banyak rasanya ragam-ragam menarik yang boleh kita kongsikan bersama sepanjang tahun 2010 ni. Ada gembira, tidak kurang juga yang sedih dan mengecewakan. Bagi saya, tahun 2010 bolehlah dianggap sebagai tahun yang agak melegakan untuk saya. Walaupun pada awal tahun, saya agak tertekan kerana terpaksa menganggur selama beberapa bulan. Tapi pertengahan tahun, barulah saya dapat kerja. Sepanjang menganggur, saya rasa macam seluruh hidup saya gelap je. Macam takde masa depan. Bila dah mula kerja, barulah saya kembali bersemangat. Sepanjang 2010 juga, banyak suka duka yang terpaksa dilalui. Tidak kira mengenai diri saya sndiri, keluarga, ataupun kerjaya. Namun, semuanya diharungi dengan redha. Apa yang palin melegakan saya adalah azam saya untuk 2010 semuanya sudah tertunai. Alhamdulillah, semuanya telah dimakbulkan ALLAH SWT. Sekarang, saya bolehlah meneruskan impian untuk tahun 2011. Untuk tahun 2011, tak banyak yang saya
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~