Seperti yang dijanjikan, hari ni saya ingin menyorot kembali beberapa perkara yang berlaku pada saya sepanjang tahun 2008. Maklumlah, hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2008. Secara tidak langsung, boleh juga la saya menilai kembali apa yang berlaku untuk pedoman dan panduan sepanjang tahun baru 2009 ni, serta tahun-tahun yang akan datang. Pertama sekali, saya ingin menyingkap kembali peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam pekerjaan saya sepanjang tahun 2008. Seperti yang semua sedia maklum, tugas saya sebagai Pembantu Sistem Maklumat secara sambilan menjadi pekerjaan saya yang pertama selepas tamat pengajian. Bekerja di tempat saya menimba pengalaman sepanjang menjalani praktikal sedikit sebanyak membantu saya untuk menyesuaikan diri. Sedikit demi sedikit, kakitangan lain mula merasai dan menerima kehadiran saya di sini. Malah, berbekalkan pengalaman ini, bukan sesuatu yang sukar untuk saya menonjol dan menjadi antara 'nadi utama' di pejabat. Saya semakin dipercay
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~